Friday, April 1, 2016

Nazir Razak Akui Terima Dan Agihkan USD7 Juta Dari Najib..


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengagihkan AS$7 juta kepada ahli politik parti pemerintah sebelum pilihan raya umum 2013, seperti laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), semalam.

"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya," tulis Nazir dalam post Instagram malam semalam.

Menurutnya, menjelang pilihan raya yang ke-13 itu, abangnya meminta bantuan mengagihkan segera wang tunai kepada jentera parti.

"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sah daripada kutipan dana politik," katanya.

Beliau menegaskan bahawa semua wang itu telah diagihkan sepenuhnya dan beliau tidak menyimpan walau sesen pun.

Semalam, WSJ dalam pendedahan terbaru mereka mengenai 1MDB melaporkan Nazir mengesahkan menerima hampir AS$7 juta daripada Najib di akaun bank peribadinya.

Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.

Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.

Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.

Beliau juga memberitahu akhbar itu bahawa dirinya percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya yang dipetik WSJ.

"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir lapor Malaysiakini


Hmmm.. Persoalan berbangkit disini ialah.. mengapa Najib menggunakan adiknya  untuk mengagih-agihkah wang kepada jentera-jentera parti?

Mengapa Najib tidak menggunakan saluran parti seperti melalui Bendahari Agung dan Setiausaha Agung untuk melakukan pengagihan itu?

Kemungkinan jawapannya ialah Najib tak percaya kat depa tu laaa....



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails