Sunday, April 10, 2016

Nak Tukar Jugak Ke Najib Menteri Besar Johor Ni?


Ni info dari sahabat-sahabat dari sebelah sana.. tiga negeri dijangka akan ditukar Menteri Besarnya dalam masa terdekat atau sebelum PRU14..

Dua negeri kerana Menteri Besarnya tidak sehaluan atau tidak boleh dicucuk hidung oleh Najib, manakala satu lagi negeri kerana seorang ADUN tidak boleh terima kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tindakan ADUN tersebut akan menyebabkan Kerajaan Negeri tergantung, dan PAS dijangka menjadi penentu samada Kem yang disokong Najib akan kekal berkuasa atau tidak.

Sebuah Negeri di pantai barat pula Menteri Besarnya dijangka akan ditukar kerana Menteri Besarnya tidak sehaluan dengan Iso Samek..

Tiada masaalah untuk Najib menukar Menteri Besar yang ada sekarang ini dinegeri tersebut tapi Najib berhadapan masaalah besar untuk menukar Menteri Besar dari Johor ni...

PETALNG JAYA: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendapat sokongan penuh semua pihak termasuk barisan anggota EXCO mahupun UMNO negeri.

Perkara itu dinyatakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md. Jais Sarday yang mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berdiri teguh bersama Menteri Besar Johor itu.

“Seharian hingga larut malam saya menerima panggilan (telefon) dan mesej menyatakan kebimbangan dengan perkara itu (menggulingkan Menteri Besar).

“Kami, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan UMNO Johor akan terus mendokong kepimpinan beliau (Mohamed Khaled) untuk menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan,” tulisnya di Facebook.

Md Jais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, beliau faham perasaan sahabat dan rakan-rakannya dalam parti mahupun kerajaan apabila ada spekulasi tidak sihat cuba dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau mengulas pendedahan ahli UMNO, Bahagian Sri Gading, Shukur Mohamed baru-baru ini apabila mendakwa, wujud konspirasi oleh kumpulan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyingkirkan Mohamed Khaled sebagai Menteri Besar Johor.

Kumpulan itu didakwa diketuai seorang timbalan menteri yang akan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu menggantikan Mohamed Khaled dengan alasan bagi mengawal UMNO Johor tidak menentang Najib ~ FMT

Apa pun.. bersamalah kita tunggu...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails