Tuesday, April 19, 2016

Laporan PAC Pasal 1MDB Pun Kena Edit?


Anggota pembangkang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menuduh pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hasan Arifin menyunting laporan PAC mengenai 1MDB tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa Hasan mengeluarkan ayat dalam laporan itu mengenai firma Good Star Ltd yang dikaitkan dengan Jho Low.

Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.

Laporan itu, seperti keadaannya hanya menyebut bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi telah membekalkan dokumen bahawa Good Star adalah anak syarikat PetroSaudi.

1MDB telah mengalihkan dana AS$700 juta yang bertujuan untuk usaha sama dengan PetroSaudi ke dalam akaun Good Star tanpa kelulusan lembaga pengarah IMDB.

Malaysiakini telah menghubungi Hasan bagi mendapatkan jawapannya berhubung dakwaan ini.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails