Friday, April 15, 2016

Kenapa Laporan 1MDB Belum Lengkap Sudah Dibentang?



Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua yang mewakili pembangkang hari ini menjawab kenapa pihaknya bersetuju membentang laporan siasatan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen meskipun ianya belum lengkap.

"Kenapa kita benarkan laporan ini dibentang? Sebab sudah ada bukti kukuh di mana selepas bentang, kita boleh hentam habis-habisan terhadap Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri).

"Kalau ada di luar sana yang tanya kenapa, ini jawapannya" katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

PAC mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada 7 April lalu di Parlimen.

Tony yang juga Ahli Parlimen DAP, turut mendedahkan ketika mesyuarat PAC, setiap kali beliau menyebut nama Najib, suasana akan bertukar kecoh.

"Pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN, bukan senang. Nak buat kesimpulan dalam laporan itu, Najib bersalah, agak-agak boleh tak?

"Saya sebut nama Najib (dalam mesyuarat) saja pun semua kecoh (bantah)," katanya.

Forum ini turut disertai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails