Monday, April 11, 2016

Ezam Nafi Akan Kembali Sertai PKR


Bekas Senator, Mohamed Ezam Mohd Noor menafikan dakwaan yang beliau akan kembali kepangkuan PKR dalam masa terdekat ini seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Mohamed Ezam yang kini berada di Indonesia ketika dihubungi Watan-Online menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin dan fitnah jahat terhadapnya.

“Saya sekarang tumpu kepada pembinaan Hisbah Centre for Reform di Indonesia. Baharu terbitkan kitab arab klasik hisbah yang pertama semalam di Indonesia sempena satu Rejab.

“Sejak tinggalkan Kementerian Kewangan dan tamatkan kontrak lebih awal tumpuan saya hanya pada Hisbah Centre khususnya terjemahan kitab Arab klasik mengenai hisbah dan rasuah ke bahasa nusantara. 

“Saya tidak terbabit dan tiada rencana untuk mana2 parti politik di malaysia,” katanya.

Kelmarin satu portal berita melaporkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu akan menyertai kembali PKR dan perbincang kini sedang berlangsung bagi membawanya menyertai kembali parti itu.

Menurut portal itu juga, satu perbincangan antara Mohamed Ezam dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan lancar dan menemui hasil yang positif.

Mohamed Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Bekas Ketua AMK itu meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyertai semula UMNO pada tahun 2008 ~ Watan Online



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails