Friday, April 29, 2016

Anwar Berjaya Teruskan Rayuan Qazaf Terhadap Saiful


Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh meneruskan kesemua prosiding rayuan berkaitan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukari Azlan.

Ini susulan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi membatalkan kesemua semakan dan notis rayuan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh memutuskan, kekhilafan Anwar selaku responden dalam menamakan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali sebagai responden dalam rayuannya boleh diperbetulkan.

Korum yang turut dianggotai Hakim Datuk Yusof Musa dan Hakim Mohd Amran Mat Zain juga memutuskan, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari tidak menjadikan Mahkhamah Syariah terikat kerana kedua-dua mahkamah berbeza.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki.

Jamil Khir, Shamsudin dan Che Mat mengemukakan permohonan bagi membatalkan kesemua notis rayuan yang difailkan Anwar atas alasan mereka tidak lagi memegang jawatan seperti yang dinamakan dalam rayuan.

Mereka juga mengemukakan alasan, bahawa Mahkamah persekutuan telah mensabitkan Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari lapor SinarHarian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails