Thursday, April 7, 2016

1MDB: Lembaga Pengarah Saja Ke Nak Letak Jawatan?.. Lembaga Penasihat Macam Mana Pulak?


Selain dari Lembaga Pengarah 1MDB yang secara kolektif hari ini memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan.. sepatutnya Lembaga Penasihat juga turut berbuat demikian..

Sebabnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpandangan Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Menteri Kewangan , Datuk Seri Najib Razak perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 seperti dalam memorandum dan artikel syarikat (M&A). 

Secara ringkas, artikel 117 menetapkan semua keputusan berkenaan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan diambil 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kebenaran bertulis Perdana Menteri.



Jadi selain Najib.. lain-lain Ahli Lembaga Penasihat ialah Tan Sri Dato Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Chang Zhen Ming  dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak..

Itu senarai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB yang Najib menjadi Pengerusinya..

Sepatutnya mereka mengikut langkah Ahli Lembaga Pengarah 1MDB kerana gagal sebagai Penasihat kepada 1MDB..

Hari ini Lembaga Pengarah 1MDB secara kolektif memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya bahawa ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Berikut adalah kenyataan media penuh Lembaga Pengarah 1MDB berkaitan Laporan PAC:

Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (“Lembaga Pengarah”) mengambil maklum isi kandungan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB seperti yang dibentangkan di Parlimen pagi ini (“Laporan PAC”). Pihak Lembaga Pengarah melihat Laporan PAC ini sebagai sebuah dokumen yang menyeluruh dan muktamad, yang telah menyatakan fakta-fakta dengan jelas dan telah menyangkal pelbagai dakwaan berkenaan syarikat.

Laporan PAC tersebut telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh 1MDB. Apabila ditinjau kembali, kami dapat memahami bagaimana Jabatan Audit Negara dan PAC boleh mengenalpasti kekurangan-kekurangan ini. 
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk difahami bahawa keputusan-keputusan yang dibuat ketika itu adalah dalam konteks transaksi yang spesifik pada masa tersebut. Tambahan pula, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang kompleks dan mempunyai peranan yang pelbagai dalam menjalankan projek-projek strategik berskala besar, mewujudkan kerjasama dengan entiti-entiti kerajaan asing dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Pihak umum sedia maklum bahawa 1MDB hanya mempunyai ekuiti tunai sebanyak RM1 juta, yang memerlukan syarikat membuat pergantungan besar kepada pinjaman untuk membiayai pelaburannya. Meskipun berdepan cabaran ini, Lembaga Pengarah telah membuat yang terbaik untuk menguruskan syarikat dengan cara yang tidak akan mengakibatkan beban kewangan kepada Kerajaan. 
Secara khususnya, sebaik sahaja ketidakpadanan aliran tunai (cash-flow mismatch) dikenalpasti pada November 2014, Lembaga Pengarah bertindak segera untuk melantik seorang pakar penstrukturan semula profesional untuk mengetuai 1MDB. Ini membawa kepada perlaksanaan kajian strategik (strategic review) yang seterusnya membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan, yang telah menyelesaikan beban hutang 1MDB. 
Syarikat telah membayar dan akan terus membayar kesemua hutang jangka pendek dan kesemua hutang bank dengan hasil yang diperolehi daripada penjualan Edra, dan ketika ini mempunyai lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion yang akan diperuntukkan untuk membayar kadar faedah dan keperluan kewangan infrastruktur. 
Lembaga Pengarah percaya bahawa ia telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin, termasuk pelaksanaan pelbagai langkah tadbir urus korporat seperti mewujudkan prosedur operasi standard (standard operating procedure) untuk syarikat dan menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko Lembaga Pengarah. Di samping itu, Lembaga Pengarah juga telah memastikan kerjasama penuh diberikan kepada semua pihak berkuasa yang sah yang menjalankan siasatan ke atas syarikat. 
Semua dokumen sokongan yang ada telah pun dikemukakan dengan sewajarnya.
Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes "RM42 bilion hilang", seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Juga telah disahkan, 1MDB tidak memindahkan RM2.6 bilion kepada akaun peribadi Perdana Menteri seperti yang telah didakwa. 
Lembaga Pengarah juga telah berjaya membawa 1MDB melalui suatu tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa Laporan PAC boleh menjadi titik pengakhiran dakwaan-dakwaan palsu ke atas syarikat. Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil Laporan PAC tersebut, Lembaga Pengarah secara kolektif pagi ini telah memutuskan untuk menawarkan perletakan jawatannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), yang merupakan 100% pemegang saham 1MDB. 
Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya bahawa ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC ~ AstroAwani

Senang berlambak la kalau macam ni.. dah melingkup pakat letak jawatan.. maklumlah yang lingkup tu bukannya duit depa.. tapi duit kita rakyat..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails