Monday, April 4, 2016

1MDB Gagal Kemuka Penyata Kewangan Lagi...


1MDB menerima satu lagi lanjutan selama enam bulan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas masih tidak dapat mengemukakan penyata kewangan yang berakhir 31 Mac, 2015. 

1MDB sepatutnya mengemukakan penyata kewangan pada 30 Sept tahun lalu tetapi memohon lanjutan enam bulan sehingga 31 Mac, 2016, tarikh akhir yang juga gagal dipenuhinya. 

Dana milik negara itu memberi alasan yang sama seperti sebelum ini, bahawa ia menunggu mendapatkan semula dokumennya yang dirampas dalam satu serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tahun lalu.

"1MDB tidak dapat untuk menyediakan penyata kewangan untuk audit sementara menunggu mendapatkan semula dokumen kewangan yang berkaitan yang dirampas semasa serbuan pada 8 Julai 2015.

"Oleh itu, SSM kini memberi lanjutan masa sehingga 30 Sept, 2016 bagi 1MDB mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan meluluskan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015," kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, 1MDB berkata firma itu berjaya mengemukakan penyata kewangan bagi dua anak syarikatnya.

"1MDB dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TRX City Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd) bersama-sama dengan anak syarikatnya Edra Global Energy Berhad, telah mengadakan AGM untuk meluluskan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

"AGM telah diadakan dalam tempoh tarikh akhir yang diberikan sebelum ini iaitu pada 31 Mac 2016 dan penyata kewangan yang diaudit telah difailkan dengan SSM.

"Kedua-dua syarikat itu membentuk sebahagian besar aset dan mewakili semua aktiviti perniagaan yang beroperasi 1MDB," katanya lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails