Monday, April 4, 2016

1MDB Diminta Jelaskan Dakwaan Pindah AS$1.4 Bilion Ke Firma Di British Virgin Islands..


Penafian satu perenggan oleh 1MDB berhubung dakwaan mengenai penglibatannya dalam menyediakan dana untuk filem Hollywood 'The Wolf of Wall Street', dianggap sebagai tidak memadai.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, syarikat pelaburan kerajaan itu perlu menjelaskan mengenai dakwaan pemindahan AS$1.4 bilion ke sebuah syarikat British Virgin Islands (BVI).

"Jika 1MDB gagal memberi penjelasan mengenai sifat dan pemilikan Aabar Investment PJS Limited (BVI) dengan dokumen-dokumen yang perlu dan sesuai, maka apa juga penafian yang dibuatnya yang Aabar (BVI) bukannya 'orang tengah', tidak mempunyai sebarang kredibiliti," kata Pua dalam satu kenyataan pagi ini.

Ini berikutan penafian 1MDB semalam bahawa ia memindahkan dana untuk Red Granite Pictures, syarikat yang menghasilkan filem 'The Wolf of Wall Street', sama ada secara langsung atau melalui perantara.

Ia menjawab laporan World Straits Journal (WSJ) yang mendakwa 1MDB telah menyalurkan AS$1.4 bilion pada 2012 sebagai cagaran jaminan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) bagi bon 1MDB.

Ia didakwa dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited di BVI - sebuah syarikat yang namanya hampir sama dengan nama anak syarikat IPIC - Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Laporan WSJ itu mendakwa Red Granite Capital kemudian menerima AS$105 juta secara langsung dan AS$50 juta lagi secara tidak langsung melalui pengantara dari Aabar (BVI).

Red Granite Capital kemudian membiayai Red Granite Pictures, dakwa laporan WSJ itu lagi.

Menurut WSJ, Red Granite Capital adalah firma anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - tubuhkan untuk membiayai syarikat filem itu ~ Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails