Friday, March 11, 2016

“Yang Keluar PERKASA Tu Pencacai UMNO” - Ketua Wira PERKASA


“Hanya pencacai UMNO sahaja yang keluar PERKASA. Mungkin mereka juga telah dibayar,” kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris.

Beliau mengulas tindakan 30 ahli PERKASA Parlimen Klang/Kapar yang bertindak keluar pertubuhan itu malam tadi, kerana tidak setuju kepimpinan PERKASA bersekongkol dengan DAP.

Beliau berkata, mereka yang keluar pertubuhan itu sebenarnya tidak faham dengan perjuangan sebenar PERKASA.

“Ahli PERKASA kita ada lebih 10 ribu di kawasan Parlimen Klang/Kapar, kalau nak dibahagikan dengan 30 orang yang keluar berapa sangat yang keluar, dan 30 orang yang keluar PERKASA itu hanyalah pencacai UMNO atau mungkin dibayar.

“Mereka yang keluar PERKASA itu sebenarnya dia tidak faham apa erti perjuangan PERKASA, kita sebagai NGO kita tak pernah berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya kepada FMT.

Fahmi pada masa sama membidas sikap pemimpin dan ahli UMNO yang mendakwa PERKASA bersekongkol dengan DAP apabila Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berjabat tangan dengan Lim Kit Siang di pentas ‘Deklarasi Rakyat’.

“UMNO kata PERKASA bersekongkol dengan DAP tak benar, setakat salam dengan pemimpin DAP takkan tak boleh, Nabi sendiri pun pernah kata hendaklah kamu berbuat baik dengan musuh kamu.

“Ibrahim Ali salam semua nak bising, tentang pemimpin UMNO berpeluk cium di Parlimen itu macam mana pula? Mereka nak bising gembar-gembur berita, mereka tak faham erti perjalanan jadi mereka tak faham apa itu PERKASA.

“Saya yakin kalau DAP masuk BN tidak akan ada isu yang berlaku seperti yang berlaku kepada PERKASA sekarang. BN kena ingat sekiranya mereka bermusuh dengan PERKASA mereka akan rugi besar kerana ahli kita ramai di seluruh negara,” katanya.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails