Wednesday, March 30, 2016

Tahanan Rumah: Untuk Khir Toyo Ada.. Tapi Kenapa Untuk Anwar Zahid Kata Tiada Undang-undang Ini?


Zahid Hamidi ni dia jawab soalan Wan Azizah setelah merujuk kepada pihak yang lebih mengetahui atau main bedal saja ikut suka dia?

Tak sampai seminggu Timbalan Perdana Menteri itu telah berkata Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah tetapi pembebasan Khir Toyo membuktikan sebaliknya..

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah atau home detention.

Sehubungan itu, katanya, cadangan untuk membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang ditahan di penjara Sungai Buloh menjadi tahanan di rumah kediamannya di Segambut tidak dapat dilaksanakan.

"Cadangan untuk penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh ke rumah kediamannya di Bukit Segambut, cadangan ini tidak boleh dilaksanakan kerana negara kita belum mempunyai undang-undang untuk pelaksanaan tahanan di rumah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung membenarkan Anwar ditahan di rumahnya... sumbernya dari SINI

Tiba-tiba semalam Khir Toyo dibebaskan dengan diberi parol selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lepas.

Melalui sistem parol, banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai parol untuk tinggal bersama keluarga..

Ini laporannya..

SHAH ALAM, 29 Mac — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini diberi parol selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lepas.

Menurut sumber, Dr Mohamad Khir tiba di kediaman keluarganya di sini, kira-kira pukul 7.15 malam ini selepas arahan parol dikeluarkan Lembaga Parol dalam satu mesyuarat petang tadi.

Beliau berkata Dr Mohamad Khir perlu melaporkan diri ke pejabat Lembaga Parol di Klang setiap minggu dan perlu mematuhi 41 syarat yang dikenakan selama tempoh parol.

“Antara syarat parol adalah beliau mesti berada di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya sepanjang tempoh parol dua bulan itu.

“Beliau juga mesti berada di rumah antara pukul 7 malam hingga 7 pagi dan tidak boleh keluarkan kenyataan kepada media.

“Melalui sistem parol, banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai parol untuk tinggal bersama keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jumlah hukuman penjara dikenakan ke atas Dr Mohamad Khir ialah 12 bulan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kediaman keluarga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu dikunjungi ramai kenalannya.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk menemui Dr Mohamad Khir atau keluarga terdekatnya gagal... laporan penuh sila baca di SINI

Persoalannya.. kenapa jadi begini?.. Adakah kerana Anwar Ibrahim itu pembangkang maka tiada tahanan rumah untuknya?

Atau.. mungkin juga agaknya sistem Parol ini baru dilaksanakan di Malaysia semalam...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails