Saturday, March 5, 2016

Shafie Apdal Dakwa Putrajaya Guna OSA Sorok Masalah 1MDB


Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membidas langkah Putrajaya meletakkan laporan audit dana pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Naib presiden Umno itu mempersoalkan mengapa laporan itu tidak didedahkan kepada awam sedangkan sebelum ini kerajaan berkata tidak ada yang disembunyikan di sebalik skandal syarikat milik negara sarat hutang itu.

"Mengapa perlu kamu perlu guna OSA? Jika kamu tidak menyembunyikan sesuatu, laporan itu perlu didedahkan," katanya ketika menghadiri program di kawasan Parlimen beliau, Semporna, di Sabah.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, laporan akhir pihak itu berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah OSA 1972.

PAC sebelum itu mendengar pembentangan laporan itu oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan Parlimen, pada sesi yang dijadualkan semula, selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Februari lepas.

Shafie menjelaskan, PAC berada di bawah bidang kuasa Parlimen dan laporan PAC tersebut dibentangkan kepada awam bagi mendapatkan maklumat sebenar.

"Ini bermakna, orang awam perlu diberikan akses untuk mengetahui laporan tersebut. Rakyat perlu mengetahui apa sebenar yang berlaku dalam proses siasatan oleh PAC," katanya.

Beliau membidas langkah Putrajaya kerana PAC bukan sebuah badan penyiasat sulit sebaliknya bertanggungjawab menjalankan siasatan demi kepentingan awam.

"Ini bukan 'private investigation' (siasatan sulit) tetapi 'public investigation' (siasatan awam). Sebab itu ia dipanggil 'public'. Kalau begitu, mengapa mahu letak ia di bawah OSA?

"Mengapa kamu mahu ia disembunyikan?" soalnya lagi lapor The Malaysian Insider



Menariknya jika Shafie Afdal mempersoalkan tindakan Putrajaya meletakkan audit 1MDB itu di bawah OSA.. seorang lagi bekas Menteri juga kehairanan dengan tindakan Putrajaya itu..

Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini mengakui, beliau hairan dengan tindakan Putrajaya mengklasifikasikan laporan akhir ketua audit negara berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebagai tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Menurut penasihat sosiobudaya kerajaan Malaysia itu, tindakan itu sewajarnya disusuli dengan penjelasan sebaiknya supaya ia tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

"Saya berasa itu agak aneh juga, tetapi mesti diletak jawapan kerajaan, kenapa di bawah OSA. Ia mesti dihurai begitu.

"Jika tidak, saya fikir banyak persoalan yang nanti akan melemahkan situasi, wujud di sekitar kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Global Home Coming' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak laporan penuh silalah baca di SINI

Hmm.. yang tak merasakan pelik dan tertanya-tanya tindakan Putrajaya itu ialah golongan pemakan dedak.. Dah makan dedak jadi macam tu lah.. bengong..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails