Wednesday, March 30, 2016

Pesawat EgyptAir Dirampas Lelaki Bodoh?


Pesawat EgyptAir yang dirampas daripada perjalanan ke Kaherah bukan kegiatan pengganas tetapi tindakan seorang lelaki yang ingin bertemu bekas isterinya di Cyprus.

Tindakan Ibrahim Samaha itu menimbulkan kegemparan media dunia apabila dilaporkan membawa bom. Bagaimanapun tidak pengesahan rasmi tentang bahan letupan. Ada media menyebut tiada bom seperti dilaporkan sebelumnya.

Penerbangan tempatan MS181 dari Iskandariah dipaksa mendapat di lapangan Larnaca, Cyprus dan semua penumpang kini dibenarkan meninggalkan pesawat Airbus 320, lapor portal News.com.au di sini.

Portal Autsralia juga memetik kenyataan Kementerian Luar Mesir yang menyifatkan “lelaki itu bukan pengganas, tetapi dia seorang yang bahlul.”

“Pengganas memang gila, tetapi mereka tidak bodoh [macam] lelaki ini,” satu kenyataan kementerian itu dipetik.

Presiden Cyprus berkata 49 penumpang telah dibebaskan. “Rampasan ini tiada kena-mengena dengan kumpulan pengganas,” kata Nicos Anastasiades.

Foto Ibrahim, yang tersebar meluas di media sosial susulan insiden mengejutkan ini, bagaimanapun belum dapat disahkan.

Lelaki itu, 27 tahun, memohon suaka politik di negara itu dan ingin berkomunikasi dengan bekas isterinya Marina Paraschou yang tinggal di Oroklini, tidak jauh dari Larnaca.

Wanita itu dilaporkan dibawa ke lapangan terbang dan media juga melaporkan Ibrahim mencampak nota untuk disampaikan kepadanya ~ MMO



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails