Tuesday, March 29, 2016

Pemandu Teksi Mogok Bantah Grab, KL Sesak


Seramai lima lelaki ditahan kerana dipercayai menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika menyuraikan sekumpulan pemandu teksi yang dipercayai melancarkan mogok berhampiran sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang, hari ini.

Kumpulan tersebut berhimpun bagi membantah perkhidmatan Grab Car dan Uber.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya turut menyita dua teksi kerana menghalang lalu lintas.

“Sekumpulan pemandu teksi telah berkumpul di Jalan Ampang berhampiran KLCC pada jam 10 pagi, sebelum mereka berarak ke Jalan Bukit Bintang.

“Kita mendapati sebanyak 50 hingga 70 teksi berkumpul di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Bukit Bintang pada jam 10.20 pagi,” katanya.

Beliau berkata, Jalan Bukit Bintang mulai sesak pada jam 10.30 pagi kerana pemandu teksi memberhentikan kenderaan mereka.

“Hanya satu lorong boleh dilalui, semua jalan masuk ke Jalan Bukit Bintang terpaksa dilencongkan oleh polis trafik bagi mengelakkan orang ramai tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,” katanya. 

Zainol berkata, timbalannya Superitenden Habibi Majinji cuba beruding dengan wakil kumpulan pemandu teksi itu, namun gagal.

“Pada jam 11.45 pagi, kita telah memberikan arahan untuk mereka bersurai dalam tempoh 15 minit atau tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka,” katanya.

Pada jam 12.30 tengah hari, Jalan Bukit Bintang dibuka semula dan keadaan kembali tenang ~ SH



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails