Tuesday, March 15, 2016

Pecat?.. Mahathir Dah Bertahun Letak Jawatan Dari Petronas Laaa..


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini diumumkan telah ditamatkan khidmatnya sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mendakwa telah bertahun melepaskan jawatan tersebut.

Namun, menurutnya, Petronas menolak peletakan jawatannya dan elaun yang telah dikembalikan.

"Mereka (Petronas) masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya. Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat apa-apa," katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini

2. Actually I had resigned from Petronas quite some time ago. But Petronas refused to accept my resignation or the allowance which I sent back. They insisted on putting into my account my monthly allowance. I resigned then because I did not think I should be a non-advising adviser and being paid for doing nothing. 
3. Now Najib’s supporters want to have me sacked from Proton and the Perdana Leadership Foundation (PLF). These two do not belong to the Government. But of course that is a minor obstacle for a Government which can charge anyone under a law to curb terrorism. Nasty things can be done, like threatening to bankrupt Proton or harassing the people who set up PLF so that I would be thrown out. This is of course entirely democratic. 
Please continue yours reading HERE

Jumaat lalu, Kabinet bersetuju menamatkan pelantikan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas dan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan beliau tidak lagi menyokong kerajaan,

Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan. 

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahukan pula beliau dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).

"Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada kerajaan," katanya lapor Sinar



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails