Monday, March 7, 2016

Najib Kata BN Tetap Kukuh.. Tapi Kenapa Pula Zahid Kata Gesaan Najib Undur Gugat BN?


Menarik ni.. Najib kata BN tetap kukuh.. tetapi Zahid pula berkata gesaan agar Najib undur menggugat bukan saja Najib tapi seluruh Barisan Nasional..

Najib melalui satu status dalam Facebook Najib Razak mengatakan BN tetap kukuh walaupun terdapat pihak yang memilih bekerjasama dengan pembangkang..

"Mungkin ada yang mudah lupa akan prinsip perjuangan Barisan Nasional dan memilih bekerjasama dengan pembangkang untuk menentang kami baru-baru ini.

"Namun semalam, saya lihat perikatan tetap kukuh dan setia kepada perjuangan di kalangan ahli-ahli Parlimen BN yang berada di Seri Perdana untuk mesyuarat pre-council sebelum Parlimen mula bersidang Isnin nanti.

"Insya-Allah, kita akan terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam BN yang diamanahkan oleh rakyat.

Barisan Nasional tetap kukuh.. jadi Najib boleh kekal sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri.. tak perlu undur..

Zahid pula ketika mengulas majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang berkempen untuk penyingkiran Najib, diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan disertai sebilangan orang kuat Umno, ahli politik pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil.

Naib presiden Umno itu, yang mengambil tanggungjawab tambahan sebagai timbalan presiden selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatan itu bulan lepas berkata..

"Saya fikir pihak pembangkang berasa teruja bersama-sama menentang kepimpinan, yang pada hemat kami, bukan menentang individu, tetapi sebuah institusi yang menjadi puncak kepimpinan Umno-BN yang membentuk kerajaan.

"Dan jika institusi ini digugat, ia menggugat institusi kepimpinan semua peringkat di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Perak.

Zahid juga dilaporkan berkata, " BN juga tergugat dengan gesaan peletakan jawatan Najib kerana "pemimpin mewakili institusi kepimpinan" ~ The Malaysian Insider

BN tergugat dengan gesaan peletakan jawatan Najib kerana "pemimpin mewakili institusi kepimpinan".. kata Zahid?



Hmmm... kalau "Pemimpin mewakili institusi kepimpinan" menyebabkan institusi kepimpinan tergugat.. dan nak mengelakkan institusi kepimpinan itu terus tergugat... faham-fahamlah ya...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails