Thursday, March 10, 2016

Mereka Dikencing 'Orang Dacing' Setiap Kali Pilihanraya..


Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul mendedahkan bahawa mereka dijanjikan bekalan elektrik dan air bersih setiap kali pilihan raya.

Lina Abdullah, 63, berkata janji itu ditabur ahli politik yang bertandang ke kampung berkenaan setiap kali kempen pemilihan diadakan.

“Letih dah kami, ada ‘orang dacing’ ini setiap kali pilihan raya cakap mahu bagi bekalan elektrik dan air bersih tapi sampai sekarang tak ada apa-apa.



“Itulah kami pun hairan sebab kampung kami sebelah sahaja dengan Putrajaya tapi Putrajaya ada semua, kampung kami tak ada apa-apa,” katanya ketika ditemui FMT, baru-baru ini.

Mohamad Amin Abdullah, 67, janji sama juga ditaburkan bahawa akan ada bekalan elektrik dan air bersih, namun ia kekal tiada dan penduduk kampung tetap menunggu.

Katanya, penduduk kampung sudah lama dahagakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.

“Perkara ini tidak patut berlaku, Putrajaya dekat sangat dengan kampung kami, tapi kampung ini tiada elektrik.

“Orang kampung di sini sudah macam cerita P Ramlee, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul timbul,” katanya.

Kadir Mohamad Amin, 32, berkata penduduk kampung sudah beberapa kali memohon bekalan elektrik dan air termasuk menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Sepang, tetapi tiada maklum balas.

Katanya, perkara itu amat dikesali dan menyebabkan penduduk kampung Orang Asal di kawasan Dengkil merasa diabaikan sekali pun mereka rakyat negara ini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails