Monday, March 28, 2016

Media Australia Dedah Aliran Luar Biasa Dana Ke Akaun Najib


Dokumentari Australia - Four Corners memamparkan laporan apa yang didakwanya sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menurut program terbitan, Australian Broadcasting Corporatin (ABC) itu, kru penerbitannya telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh 'sumber pada peringkat tertinggi’ yang tidak dinamakan.

"Dokumen-dokumen perbankan mendedahkan aliran luar biasa dan berterusan wang antara tahun 2011 dan 2014," kata suara latar program ini.

Antara lain, menurut Four Corners, AS$75 juta (RM301 juta berdasarkan kadar pertukaran hari ini) yang kononnya datang daripada seorang putera Saudi, manakala AS$80 juta (RM321 juta) lagi berasal daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Sebanyak AS$120 juta (RM482 juta) pula yang kononnya datang daripada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang tidak dinamakan.

Ketiga-tiga urusniaga kononnya berlaku pada 26 Jun 2012.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membebaskannya daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ~ MalaysiaKini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails