Wednesday, March 2, 2016

Mat Sabu Buka Pintu AMANAH Untuk 'Kepala Perompak'?


Jatuh ba­ngun, naik dan turun, dikritik dan dikecam, di­sanjung dan dikeji adalah perkara biasa bagi seseorang pemimpin politik.

Ini lumrah dan asam garam dalam dunia politik, memandangkan ‘falsafah unggul’ dunia tersebut ialah ‘tiada musuh dan kawan yang kekal’.

Musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh. Hari ini bergaduh, esok boleh bersalam, di depan bersalam, di belakang menikam. Inilah politik...

Dulu Mahathir ini pernah digelar sebagai 'Bapa Perosak Negara' sebab di era pemerintahannya selama 22 tahun.. kewibawaan SPR hilang, kewibawaan kepolisian hilang, kewibawaan kehakiman hilang, semua institusi hilang keintegeritinya .. sebab penguasan kuasa politik pemerintah menguasai semua jabatan.

Pegawai-pegawai kerajaan di brainwash otak mereka. mempertahankan UMNO adalah tugas pegawai-pegawai kerajaan ..

Selain 'Bapa Perosak Negara'.. Mahathir juga telah digelar sebagai 'Kepala Perompak'..

Kedua-dua gelaran tersebut telah diberikan oleh Mat Sabu kepada Mahathir dalam beberapa ceramah.. antaranya ceramah dalam video di bawah ni..



Tapi.. itu semua dulu.. dulu semasa Mahathir masih bersama UMNO.. sekarang dia dah keluar UMNO.. jadi dia mungkin dah 'Suci' kot.. he..he..

Laporan berkaitan..

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengundurannya daripada Umno, Parti Amanah Negara (Amanah) “membuka pintu” kepada bekas perdana menteri itu dan mana-mana pihak bagi mengadakan sebarang rundingan atau menjalin kerjasama bersama mereka, lapor Utusan Malaysia. 
Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu, tindakan Dr Mahathir meninggalkan Umno demi menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan satu perkara serius. 
Mohamad yang lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata, jalinan kerjasama antara Amanah dan pengkritik utama Najib itu boleh dizahirkan menerusi penyertaan dalam pelbagai perkara termasuk kenyataan bersama, perhimpunan dan sebagainya. 
“Kita bersama, bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir. Rancangan itu sedang dibincangkan dan kita akan umumkan tentang program-program tersebut dari semasa ke semasa. 
“Cuma saya minta pihak Dr Mahathir dan lain-lain untuk umumkannya dan kita akan bincang perkara ini dari semasa ke semasa, sama ada perlu hadir atau membuat kenyataan secara bersama,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider

Betullah.. Dalam politik..Musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh. Hari ini bergaduh, esok boleh bersalam, di depan bersalam, di belakang menikam.

Lain kali jangan label orang ikut sedap mulut saja...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails