Friday, March 4, 2016

Laporan Audit 1MDB Diletakkan Di Bawah OSA?


Laporan audit akhir mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diklasifikasikan dan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.

Pua yang telah dihalang daripada pendengaran PAC mengenai 1MDB pada Jumaat, memberitahu pemberita di luar Parlimen bahawa laporan itu diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau telah ditanya sama ada klasifikasi laporan itu dibuat oleh PAC atau Jabatan Peguam Negara (AG).

Pua berkata AG telah mengemukakan laporan itu kepada MKN yang bertindak membuat klasifikasi tersebut.

Laporan itu diserahkan kembali kepada PAC dalam pertemuan di Parlimen hari ini.

Pua berkata mesyuarat itu yang dijangka berakhir pada pukul 5 petang, berjalan lancar dan akan diteruskan pada hari Isnin.

"Bagaimanapun memandangkan ia telah diklasifikasikan di bawah OSA, kita tidak boleh membawanya pulang," katanya.

Pua mengesahkan bahawa laporan itu hanya meliputi siasatan berkaitan dengan 1MDB lapor mStar


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails