Monday, March 7, 2016

Ku Li Gelak Kat Mahathir?


Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan salah seorang yang menyokong deklarasi menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, walaupun tidak hadir dalam majlis itu.

Bagaimanapun, veteran Umno itu itu hari ini berkata semua itu tidak benar.

“Saya tidak hadir,” katanya sambil ketawa ketika ditanya pemberita di bangunan parlimen hari ini. 

“Saya tidak menyokong, saya tidak tahu apa pun.”

Beliau ditanya sama ada menyokong kempen yang digerakkan oleh perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin pembangkang dan NGO itu.

Ditanya berkaitan kempen selepas majlis deklarasi itu, Tengku Razaleigh berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai anggota parlimen ~ MalaysiaKini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails