Tuesday, March 1, 2016

AS$1 Bilion Deposit Dalam Akaun: Mahathir Mahu Najib Saman Jika Ia Tidak Benar..


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan terbarunya yang mendedahkan perdana menteri menerima lebih AS$1 bilion dalam akaun peribadinya.

Jika beliau tidak berbuat demikian, katanya laporan itu akan dianggap mengandungi kebenaran.

"Jika ia tidak benar, perdana menteri perlu menyaman mereka kerana membuat laporan palsu. 

"Tetapi, jika beliau tidak melakukannya, apabila mereka boleh disaman di negara mereka sendiri, maka mesti ada kebenarannya dalam apa yang dikatakan itu," kata bekas perdana menteri itu.

WSJ dalam pendedahan terkininya hari ini melaporkan, perdana menteri menerima lebih daripada AS$1 bilion – lebih beratus juta daripada jumlah yang dikenal pasti sebelum ini.

Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkata, memetik sumber, penyiasat global percaya, kebanyakan daripada wang itu berasal dari dana pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berikut adalah laporannya..

The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1 bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini.

Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan pada Januari “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mendakwa Najib bagi sebarang kesalahan membabitkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun peribadinya.

Tetapi WSJ mengatakan maklumat penyiasat antarabangsa itu berbeza dengan kesimpulan peguam negara Malaysia. Peguam negara mengatakan AS$681 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma sah daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sebahagian besar daripada dipulangkan semula.

Apandi berkata, ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan deposit ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi hari ini WSJ turut melaporkan penyiasat daripada 2 negara yang tidak dinamakan bersetuju hampir semua daripada AS$681 juta dikembalikan seperti diumumkan peguam negara.

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat percaya wang itu berasal daripada 1MDB yang dinafikan secara konsisten digunakan untuk tujuan lain selain pelaburan.

WSJ berkata penyiasat percaya wang itu bergerak menerusi transaksi web kompleks dalam beberapa negara dan dengan bantuan 2 bekas pegawai Abu Dhabi, sebuah emiriah Teluk Parsi yang ada ikatan kuat dengan 1MDB.

“Penyiasat memfokuskan kepada entiti yang mereka percaya menjadi saluran penting; syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik Abu Dhabi bernama Aabar Invesments PJS,” lapor WSJ.

Dalam pemfailannya, 1MDB dilaporkan membayar lebih sebilion dolar kepada Aabar – tanpa menyatakan nama penuh.

Tidak masuk ke syarikat milik Abu Dhabi itu, sebaliknya penyiasat percaya wang berkenaan ke syarikat yang mempunyai nama hampir serupa, didaftarkan di British Virgin Islands, dan selepas berpusing-pusing, AS$681 juta dapat dimasukkan ke akaun Najib, lapor akhbar itu.

1MDB ditubuhkan pada 2009 sebagai syarikat pelaburan strategik tetapi menjadi fokus beberapa penyiasatan tahun lalu selepas ia mengumpul hutang sehingga RM42 bilion. Siasatan bermula bukan saja di Malaysia tetapi juga di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi, menurut WSJ.

Tahun lalu, WSJ melaporkan sebahagian wang itu untuk projek yang membantu parti pemerintahan Najib, Barisan Nasional mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada 2013 lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails