Friday, March 25, 2016

1MDB Lewat Bayar Tunggakan RM396 Juta Kepada PPHM, Kenapa Tan Sri Lodin Biarkan?


Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin digesa meletakkan jawatan selaku Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ekoran kelewatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos tunggakan tuntutan berjumlah RM396.41 juta terhadap Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, konflik kepentingan berlaku secara jelas memandangkan pada masa sama Lodin terlibat selaku Pengerusi 1MDB.

“Kegagalan 1MDB membayar (tuntutan) PPHM mengikut jadual bukanlah satu perkara kecil yang boleh dimaafkan.

“Tunggakan (RM396.41 juta) sudah tentu mempunyai kesan kepada kewangan LTAT membayar caruman pencen kepada pencarum yang sudah tamat perkhidmatan tepat pada masanya.

“Dalam keadaan LTAT yang diketuainya terheret sama dalam kemelut 1MDB sehingga menyebabkan kesukaran kewangan kepada pesara tentera, kesesuaian beliau untuk terus mengetuai LTAT boleh dipersoalkan,” katanya pada sidang di Lobi Parlimen.

Tegasnya, Lodin sepatutnya memainkan tanggungjawab utama menjaga kebajikan dan hak pesara tentera mengatasi kepentingan perniagaan lain.

“Apabila ada keluarga pesara tentera terpaksa menjual kenderaan, menggunakan simpanan dan lain-lain, saya berpendapat Tan Sri Lodin perlu mengambil tanggungjawab atas masalah ini,” katanya lapor SelangorKini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails