Thursday, February 18, 2016

Zahid Habiskan RM70,000 Untuk Beli 500 Buku 'Najib Razak 40 Years'


Timbalan Perdana Menteri, Datuk seri Ahmad Zahid hari ini menempah 500 naskhah buku meja kopi mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk diagihkan kepada pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata demikian pada majlis pelancaran buku edisi khas 'Najib Razak 40 Years 40 Pictures' di Kuala Lumpur, hari ini.

Malah bertentangan dengan amalan lazim, beliau memberi jaminan bahawa buku-buku itu akan dibeli dengan "duit sendiri".

"Buku ini sangat bermakna kerana bukan hanya berkisar mengenai kehidupan Perdana Menteri sebagai pemimpin tetapi sisi berbeza yang tidak diketahui umum sebelum ini.

"Saya ingin beli buku ini sebanyak 500 naskhah menggunakan duit saya sendiri, bukan duit kementerian," katanya.

Dengan harga RM140 sekeping, ini bermakna bahawa Zahid akan membelanjakan RM70,000 daripada poket sendiri.

Buku ini diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), sempena sambutan ulang tahun ke-40 karier Najib dalam politik dan memaparkan gambar eksklusif daripada sumber arkib NSTP dan koleksi peribadi perdana menteri yang sesetengahnya belum pernah disiarkan kepada umum.

Koleksi gambar berkenaan mengabadikan 40 momen yang signifikan dalam kariernya bermula daripada tarikh penting 21 Februari 1976 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pekan menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, sehingga hari ini.

Buku setebal 112 halaman ini juga mengandungi artikel ringkas dan gambar menarik termasuk ada antaranya merakamkan detik Najib menjadi menteri besar Pahang, timbalan menteri serta menteri di pelbagai portfolio termasuk menteri pertahanan.

Sehingga kini, buku itu dilaporkan sudah mendapat tempahan sebanyak 7,000 naskhah lapor MalaysiaKini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails