Monday, February 22, 2016

Siapa Yang Bayar Bil Sirul Di Australia?


Dengan sebuan pasukan yang besar menyokong bekas anggota unit tindakan khas polis, Sirul Azhar Umar, siapakah yang membayar semua bilnya?

Inilah soalan yang dibangkitkan oleh The Weekend Australian - edisi hari Ahad akhbar The Australian - dalam sebuah analisis berita tentang Sirul dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, di mana Sirul telah disabitkan atas kesalahan tersebut.

Menurut The Weekend Australian, Sirul mengekalkan khidmat seorang peguam cara, peguambela dan konsultan migrasi - sekurang-kurangnya sehingga bulan lepas.

The Weekend Australian melaporkan semalam bahawa Sirul juga menggunakan khidmat seorang kerani Australia yang berpangkalan di Malaysia, yang mengendalikan kewangannya dan perbelanjaan anaknya yang juga berada di Australia.

Beliau juga mempunyai peguam yang bertindak bagi pihaknya di Malaysia.

Selama ini Sirul ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney. Di situ, Sirul juga mempunyai komputer sendiri, telefon dan akses ke sebuah dapur, lapor akhbar itu.

Undang-undang Australia menghalang negara itu mengusir mereka yang akan menghadapi hukuman mati di negara sendiri. Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, bersama-sama dengan bekas rakan setugasnya, Azilah Hadri.

"Siapakah yang menanggung bil Sirul?" tanya akhbar itu, sambil menambah ia mungkin satu soalan yang dijangka ditanya oleh pihak berkuasa Australia.

Sejak beberapa minggu lalu, Sirul telah mengeluarkan beberapa video yang berkaitan dengan kes itu.

Ini termasuk satu ancaman untuk mendedahkan senarai nama orang yang didakwa cuba untuk merasuah beliau bagi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul dan rakannya Azilah ketika itu merupakan pengawal peribadi kepada perdana menteri.

Rakan Najib, Abdul Razak Baginda juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia itu tetapi telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Najib telah berkata bahawa beliau tidak kenal langsung siapakah Altantuya.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails