Sunday, February 7, 2016

Setia Kepada Parti Dan Negara, Bukan Individu Kata Rafidah Kepada Shahrizat Ke?


Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti.

Rafidah berkata beliau seorang ahli Umno yang komited dan tidak akan berhenti mengkritik sesiapa sahaja yang membuatkan orang mencurigai parti, tanpa mengira kedudukan mereka.

"TIADA SESIAPA perlu MEMINTA 'sokongan' untuk pemimpin sebagai INDIVIDU... Minta orang ramai menyokong PARTI.

"PARTI dan NEGARA TIDAK sepatutnya menjadi mangsa apa jua tindakan mereka yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin... tak kira TAHAP MANA SEKALI PUN," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu di laman Facebook beliau malam tadi.

Rafidah menggesa pengkritik beliau berhenti menafikan wujud keretakan dalam Umno dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keadaan kepimpinan negara.

Beliau memberi amaran, dunia sedang memerhatikan pemimpin negara ini dan membuat kesimpulan mereka sendiri lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails