Thursday, February 25, 2016

Setelah Dikata 'Menyodok Membabi Buta', Nazri Kata Muhyiddin Yang Kurang Ajar..


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ketua UMNO Bahagian Pagoh patut belajar tentang taat setia daripada Timbalannya, Ismail Mohamed, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ismail bahawa beliau “suka menyodok membabi buta” ketika menghentam Muhyiddin.

“Saya nak tanya Ismail, adakan Ketuanya di Pagoh, Muhyiddin menghormati Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak?

“Sebelum kata saya kurang ajar, dia sepatutnya nasihat Muhyiddin yang kurang ajar kepada Presiden,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kelendar program Istana Budaya untuk 2016 di sini hari ini.

Namun, Nazri tetap ‘memuji’ Ismail yang telah menunjukkan contoh bagaimana menjadi Timbalan yang baik kepada Muhyiddin.

“Ismail tiada fakta untuk melawan hujah saya tetapi kerana menjadi Timbalan kepada Muhyiddin, dia tetap mempertahankan Ketua Bahagian dia,” katanya lagi.

Ismail mengeluarkan kenyataan ‘suka menyodok membabi buta’ itu selepas Nazri menggelarkan serangan Muhyiddin kepada Najib ibarat ‘anjing menggigit kaki tuannya’.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut berkata yang beliau akan mengusulkan agar Muhyiddin digantung daripada jawatan Timbalan Presiden, jika beliau terus menyerang Najib lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails