Tuesday, February 16, 2016

Menteri Pertahanan Tak Tahu Apa ATM Dah Buat?.. Pelik Ni..


Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera Malaysia berhubung laporan pembabitan anggota tentera Malaysia dalam misi ketenteraan di Arab Saudi. 

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia menyokong usaha membanteras keganasan dari segi fahaman dan ideologi, namun bukan dari sudut ketenteraan. 

"Dari segi ketenteraan saya telah nyatakan dari dulu lagi bahawa kita memang tidak terbabit," katanya.

Beliau mengulas laporan agensi berita Arab Saudi, SPA, mengenai Malaysia turut bersama kira-kira 20 negara lain dalam misi ketenteraan besar-besaran yang disifatkan 'terpenting'.

"Latihan ketenteraan saja tidak bermakna kita terlibat secara langsung dalam konteks operasi dan itu memang saya tidak benarkan pun...cuma apa yang dilaporkan hari ini, saya tidak tengok sejauh mana pembabitan dalam latihan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Piala Menteri Pertahanan kepada juara Pertandingan Debat Keamanan Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Perdana Sungai Besi di ibunegara malam tadi.

Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara, menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A di tempat kedua, diikuti UIAM B di tempat ketiga, dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat keempat.

UiTM yang diwakili Mohamad Johan Mat dan Muhammad Haziq Jamaluddin, pelajar ijazah undang-undang, membawa pulang wang tunai RM3,000, piala utama dan sijil penghargaan.

Turut hadir Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin lapor MalaysiaKini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails