Wednesday, February 17, 2016

Jangan Derma Kat Mat Sabu?.. Dengki Ke Perkasa Ni?


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak memberi derma kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris membuat nasihat itu susulan rayuan AMANAH yang meminta orang ramai menghulurkan bantuan kepada Mat Sabu yang berdepan dengan tuntutan muflis.

Mat Sabu dituntut membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

Irwan berkata, sekiranya bantuan itu diberikan ia akan mengalakkan lagi Mat Sabu untuk melakukan perkara sama.

“Apabila dia (Mat Sabu) minta derma dan orang yang akan bayar kepada dia tak mustahil dia akan mengulangi perkara yang sama.

“Kalu boleh jangan ada orang yang bagi derma kepada dia. Kalau kita tengok daripada mana-mana pihak saya rasa belum ada lagi orang politik kena saman minta derma,” katanya.

Irwan berkata, Mat Sabu sepatutnya bertanggungjawab di atas kesalahanya sendiri tanpa menagih simpati orang ramai.

“Dia kena bertanggungjawab di atas perbuatan dia, bab minta derma ini bukan tak boleh tapi minta derma ini nampak sangat tidak bertanggungjawab.

“Kita PERKASA pernah kena saman Anwar Ibrahim (Datuk Seri) dan kita kalah saman apa benda kita tak kongsi. Malah Datuk Ibrahim Ali (Presiden PERKASA) kena saman dia tanggung sendiri,” katanya lapor FMT


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails