Thursday, February 25, 2016

Gabungan Ketua Cawangan UMNO Minta Kedutaan Arab Saudi Jelaskan Isu Derma RM2.6 Billion..


Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM) hari ini menghantar satu surat kepada wakil kedutaan Arab Saudi bagi meminta penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion.

Presidennya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, surat itu mengandungi 10 soalan meminta bantuan kerajaan Arab Saudi untuk memulihkan kembali maruah negara yang telah tercemar gara-gara isu derma RM2.6 bilion itu.

“Kita hantar surat kepada kedutaan Arab Saudi untuk menjawab beberapa soalan keresahan yang berlaku di Malaysia ekoran wang derma RM2.6 bilion yang menjadi isu tidak sudah di Malaysia.

“Kita mohon agar mereka berikan jawapan kepada kami dan rakyat Malaysia melalui persoalan yang kita ajukan berhubung dana RM2.6 bilion. Semoga jawapan diberikan dengan jujur dan ikhlas,” katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Arab Saudi di sini.

10 soalan kepada Kedutaan Arab Saudi berhubung RM2.6 bilion ialah;

1-Siapa yang beri wang itu?
2-Bila wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu?
3-Apakah tujuan wang itu diberikan?
4-Apakah jenis derma itu?
5-Adakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib?
6-Apakah baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa?
7-Kenapa terlalu banyak ketidakpastian dan keraguan berkaitan wang itu?
8-Siapakah Putera Raja Saudi yang menjadi penderma itu?
9-Apakah jenis hubungan antara Putera Raja Saudi itu dengan Najib?
10-Kenapa banyak penjelasan yang bercanggah mengenai wang itu?

Kamarul berkata, Kedutaan Arab Saudi menerima baik kedatangan mereka dan mereka berjanji untuk menjawab ke semua soalan yang dikemukakan.

Jelasnya lagi, tindakan GKCM menghantar surat itu kerana tidak mempercayai keputusan siasatan yang telah dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Kami pendapat, isu ini tak berjaya selesaikan untuk selamanya. Masih ada ruang menyebabkan orang ramai masih lagi bertanya isu ini dan tentang kedudukan dana ini. Kenyataan sebelum ini amat bercanggah satu sama lain,” katanya lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails