Monday, February 15, 2016

Dah Ada 7 Juta Pekerja Asing, Zahid Nak Bawa Masuk Lagi 1.5 Juta Bangla?


Zahid Hamidi mungkin tidak pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana ribuan anak-anak Malaysia bersesak dipagi hari di Tambak Johor untuk pergi bekerja di Singapura..

Kebanyakkan mereka bukanlah menjawat jawatan Proffesional atau Eksekutis tapi bekerja di sektor 3D iaitu dirty, dangerous, difficult..

Kalau ribuan mereka sanggup beratur panjang dan berulang alik ke Singapura untuk bekerja yang kebanyakannya dalam sektor 3D juga, tidak mustahil mereka juga sedia melakukannya di negara sendiri.

Asasnya ialah bukan mereka tidak mahu bekerja dalam sektor 3D di negara kita ini tetapi gaji yang ditawarkan adalah terlalu rendah..

Jadi adalah lebih baik sebelum Zahid mencabar anak-anak muda untuk menceburi sektor 3D dinegara kita ini, Kerajaan perlu menambah baik gaji minima dinegara itu..

Jika tidak mampu atau tidak berkuasa untuk menetapkan gaji minima.. berusahalah untuk menurunkan kos sara hidup yang semakin meninggi ini..

Jika tak mampu jugak.. jangan jadi Kerajaan.. jadilah Pembangkang pulak.. cukup-cukuplah menyakitkan hati rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bodoh itu..

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kemasukan sebanyak 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh. 
Setiausaha Agungnya, N Gopal Kishnam berkata, pekerja-pekerja yang sebelum ini bekerja di sektor perladangan kini boleh diserap ke dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. 
“Kami merasakan lebih wajar dan baik sekiranya pekerja tempatan sendiri diberikan latihan secukupnya di samping gaji yang diterima setimpal untuk diserapkan dalam sektor kerja separa mahir. 
“Sektor ini gagal mengambil hati pekerja tempatan kerana gaji rendah dan masa bekerja yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan. 
Beliau mempersoalkan mengapa ramai warganegara Malaysia merantau ke Singapura setiap hari untuk menyara hidup. 
“Saya nak tanya siapa banyak buat kerja-kerja separa mahir di Singapura? Walaupun ia kerja separa mahir tetapi imbuhan diterima tinggi, maka pekerja tempatan ini sanggup berulang alik ke negara jiran. 
“Mereka yang bekerja di Singapura ini bukan sahaja profesional, malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerjaan am,” katanya. 
Gopal turut melahirkan kebimbangan mengenai keadaan semasa di negara ini di mana beribu-ribu pekerja asing beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang dokumen sah. 
“Kerajaan seharusnya mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu mereka sebelum membuat keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing lagi. 
“Saya rasa sekiranya kerajaan serius dengan pengiktirafan untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi, maka mereka haru mengehadkan pekerja asing di tempat kerja seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (Pengurusan pekerja asing ke paras 15 peratus),” katanya. 
Namun begitu, Gopal berkata, berdasarkan perkembangan semasa, beliau kurang yakin hasrat tersebut mampu dicapai. 
“Sehingga hari ini lebih kurang 7 juta pekerja asing berada di negara ini dan hanya 2.1 juta sahaja yang memiliki dokumen sah,” katanya. 
Katanya, kementerian perlu melaksanakan kajian mendalam berkaitan pemecatan, pengangguran dan keperluan pasaran tenaga kerja bagi membolehkan kerajaan mengehadkan pengambil pekerja asing secara beransur-ansur. 
“Pengumuman kerajaan untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ini seolah-olah bertujuan untuk mengecualikan pekerja tempatan daripada perintah gaji minimum. Ini suatu tindakan diskriminasi. 
“Negara tidak harus bergantung kepada sumber tenaga kerja dari negara asing. Keadaan ini sudah tentu akan memudaratkan ekonomi tempatan dan memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan,” katanya lapor Sinar Harian

Dalam isu ni.. Zahid kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan tindakannya untuk membawa masuk 1.5 Juta Bangla..

Sebabnya mungkin bukan rahsia lagi yang kaum kerabat dia dah dapat projek bawa masuk Bangla tu.. jadi apa nak jadi dia dah tak peduli laaa... yang penting kaum kerabat dia kaya raya..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails