Wednesday, February 3, 2016

Bila Ali Rustam Terlajak BODEK..


Faham-fahamlah kan.. jawatan yang dipegangnya itupun satu jawatan lantikan.. jadi kalau langsung tak bersuara membela 'tangan yang menyuapnya makan'.. nanti susah pulak..

Beliau dilaporkan mahu tindakan disiplin diambil ke atas mana-mana pegawai SPRM yang kononnya dilihat cuba menjatuhkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebab baginya Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat... ada ke yang keliru?

Oleh itu dipercayai kerana mahu menunjukkan kesetiaannya kepada Najib, berkatalah beliau..

“SPRM perlu mengambil tindakan segera ke atas pegawainya yang dilihat cuba menjatuhkan imej perdana menteri terutama ke atas Bahri bagi mencerminkan keseriusan agensi itu dalam menangani isu permasalahan disiplin.

“Bagi saya, mereka yang terbabit dengan isu ini tidak diberi kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan dan dilihat masih mempertikaikan kenyataan Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) dan SPRM yang mengesahkan kes derma 2.6 bilion berkaitan perdana menteri itu memang tiada,”

Malangnya kenyataannnya itu dibidas oleh sahabatnya sendiri, Ibrahim Ali yang bengang dan menyifatkan kenyataan Ali Rustam itu sebagai ‘lebih sudu dari kuah’ kerana membidas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin itu..

"Urusan SPRM yang selama ini dianggap bebas dan berintegriti telah menjadi cemar.

"Biarlah SPRM tangani sendiri tanpa perlu campur tangan pihak luar. Kita tahu apa?

“Sebagai orang politik, masyarakat hanya melihat ada individu yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi juara kepada pihak tertentu," 

Tak cukup dengan itu Ibrahim Ali menambah.. Ali Rustam telah menunjukkan apa itu yang dikatakan sokong membawa rebah..

"Kalau ya ingin mencari kesempatan, carilah isu-isu lain seperti membela rakyat termiskin atau berbagai masalah yang dihadapi oleh kaum Melayu bumiputra atau rakyat amnya.

"SPRM memerlukan sokongan semua pihak jika benar-benar ingin melihat SPRM berkesan dalam peranannya memerangi rasuah dan Penyalahgunaan kuasa,"

Selain itu, Ibrahim juga berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Ali dilihat boleh menyebabkan rakyat makin membenci Umno terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata setiap kenyataan atau isu yang mahu diulas itu perlu dilakukan secara berhati-hati kerana akan memberi kesan kepada mereka yang ingin dibela itu tanpa menyebut sebarang nama.

“Setiap patah atau isu yang hendak disentuh kena berhati hati kerana akhirnya orang yang hendak dibela juga terkena tempiasnya.

“Inilah yang dikatakan sokongan membawa rebah,” ~ Malaysiakini

Tak cukup dengan Ibrahim Ali.. muncul pula Bekas Ahli Panel Penasihat SPRM, Tan Sri Robert Phang menegur bekas Ketua Menteri Melaka itu kerana ‘memukul curi’ pegawai kanan agensi anti rasuah itu.

Katanya, sebagai bekas ketua menteri dan sekarang sebagai seorang senator, pemimpin Umno itu membuat kenyataan terbuka membidas pegawai SPRM.

"Sebaliknya, beliau perlu berinteraksi secara senyap-senyap dengan pihak berkuasa SPRM, apa yang diperkatakannya itu benar-benar, secara terang-terangan dan jelas memukul curi ke atas pegawai,"

Beliau juga menggesa Mohd Ali berhenti membuat tuduhan tidak berasas ke atas SPRM, terutama kerana beliau tidak tahu bagaimana tangan mereka terikat dan bahawa mereka tidak boleh bertindak balas.

"Malu kamu, Mohd Ali Rustam. Bersikap sebagai lelaki budiman dan memohon maaf kepada SPRM.

"Dan sebagai peringatan - serahkan kepada pihak berkuasa yang profesional untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan telus," ~ Malaysiakini

Kah.. kah.. kah... nak bodekpun agak-agak la Ali Rustam.. 


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails