Saturday, February 13, 2016

Bekas Pemimpin Salah Guna Wang, PAS Kelana Jaya Buat Laporan Polis


Pas Kawasan Kelana Jaya hari ini membuat laporan polis untuk menjalankan siasatan ke atas bekas pimpinan Pas kawasan berkenaan yang didakwa menyalahgunakan sejumlah wang parti.

Laporan itu dibuat Yang Dipertuanya, Mohd Ghazali Daud di Balai Polis Kelana Jaya petang ini, setelah bekas kepimpinan parti itu sebelum ini gagal mengisytiharkan laporan penggunaan wang berkenaan.

Menurut beliau, kepimpinan Pas Kawasan itu sebelum ini telah keluar dari Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

"Tetapi kita mendapati sejumlah wang parti telah ‘hilang’ dan kita meminta bekas kepimpinan terdahulu memaklumkan ke mana dan apa tujuan wang itu diguna.

"Malangnya, mereka tidak berbuat demikian, sehingga mendorong kepimpinan baharu membuat laporan polis," katanya di sini, hari ini.

Mohd Ghazali berharap, wang milik ahli Pas Kawasan itu dapat dikembalikan semula dan mereka yang bertanggungjawab menyalahgunakannya disiasat serta dibawa ke muka pengadilan. - MalaysiaGazette

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails