Thursday, January 14, 2016

Tun Razak Tidak Selesa Pegang Jawatan PM, Menteri Kewangan Serentak.. Tapi Najib?


Tun Razak tidak pernah selesa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam pada masa yang sama kerana beliau percaya ia bertentangan dengan prinsip sekat dan imbang.

Bercakap di Majlis Memperingati Tun Abdul Razak, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Lin See Yan berkata Perdana Menteri yang kedua itu memberitahu kakitangan Bank Negara bahawa beliau tidak berasa aman memegang portfolio kewangan.

Tun Razak menjelaskan kerana tindakan itu mencabuli prinsip sekat dan imbang.

“Beliau keberatan mengambil-alih portfolio itu selepas menteri Tan Siew Sin meletak jawatan.”

See berkata Tun Razak melepaskan amanah itu kepada Tun Hussein seberapa segera yang mungkin.

“Hari ini, orang ramai mengambil mudah apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan. Itu salah,” katanya.

See turut memuji sikap Tun Razak yang rendah hati dan mendukung prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.

“Beliau sama-sekali tidak akan bertolak-ansur dengan penyelewengan.”

See menambah Tun Razak menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin dan bukan seorang ahli politik kerana ahli politik sering bertolak-ansur.

See menambah Tun Razak tidak suka dikelilingi “yes men” dan kumpulan teras menteri beliau tidak pernah gentar menegur kesalahan beliau.

Beliau menambah Tun Razak mengambil-berat pandangan kumpulan teras itu kerana mereka merupakan pakar dalam bidang masing-masing, dan ketika merumuskan dasar beliau akan mengimbangi pandangan mereka dengan apa yang berlaku di lapangan.

Hari ini merupakan ulangtahuan pemergian Tun Razak yang ke-40 ~ FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails