Thursday, January 14, 2016

Tun Razak Tidak Bazir Wang Untuk Isteri.. Tapi Najib?


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar menyifatkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein seorang yang cermat dalam berbelanja.

Menurutnya, Abdul Razak sentiasa berhati-hati menguruskan wang negara, selain tidak berbelanja mewah untuk isterinya, Tun Rahah Noah.

“Beliau sangat berhati-hati tentang wang. Beliau mahu membeli intan replika murah sebagai hadiah kepada Rahah, tetapi orang membawanya ke kedai intan asli dan beliau beritahu orang itu yang beliau tidak mampu membelinya,” katanya ketika ditemui FMT di sini, hari ini.

Mengimbau kenangan bersama negarawan itu, Hanif yang juga bekas ADC atau Ketua Keselamatan Abdul Razak berkata, Perdana Menteri itu juga sangat bencikan aktiviti judi.

“Beliau pernah mengarahkan aktiviti perjudian di istana di beberapa negeri dihentikan, malah mengarahkan pihak berkuasa supaya menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan kepada rakan rapat Abdul Razak, Tan Sri Taib Andak iaitu Datin Kalsom Taib pula menceritakan, Abdul Razak pernah menyuruh Rahah membayar sendiri tiket penerbangan sehala kerana mengikuti beliau dalam urusan rasmi kerajaan.

“Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah,” katanya ~ FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails