Monday, January 11, 2016

Tarik Diri Lepas Tandatangan TPPA Tunjuk Kebodohan Pemimpin Malaysia


Tarik diri selepas menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) belum pernah terjadi, kerana ia akan menyebabkan implikasi yang besar kepada negara, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mashar, penarikan diri itu akan menghilangkan rasa percaya negara luar terhadap Malaysia kerana dilihat seolah-olah tidak mampu membuat keputusan yang muktamad.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah. Ia (tarik diri) menunjukkan kebodohan kita. Siapa suruh tandatangan kalau hendak keluar?

“Implikasinya akan menyebabkan pasaran tidak percaya kepada kita kerana kita tidak mampu membuat keputusan,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian mengulas dakwaan Malaysia diberi klausa pilih keluar dari perjanjian TPP.

Sebelum ini, Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank Jayant Menon berkata Malaysia satu-satunya negara yang diberi klausa memilih keluar dalam satu surat sampingan kepada perjanjian TPP yang membolehkan negara menarik diri walaupun tanpa cuba meratifikasikannya di Parlimen.

Bagaimanapun, Nizam yang juga Pengerusi Bantah TPPA berkata, jika mahu menarik diri, ia perlu dilakukan pada awal rundingan sebelum menandatanganinya.

Pada masa sama, Nizam turut memberi contoh terdapat negara yang memilih keluar daripada rundingan kerana perjanjian itu tidak menguntungkan mereka sejak awal lagi.

“Termasuk Thailand sendiri. Sebelum tandatangan sudah keluar. Selepas tandatangan tidak (boleh keluar),” katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Melayu itu lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails