Friday, January 1, 2016

Sungguh Memalukan, Angkara RM2.6 Billion Diterima Najib, Malaysia Disenarai Dalam 'Skandal Rasuah Terburuk 2015'..


Yang kenyang itu Najib sebab RM2.6Billion dah masuk ke dalam akaun dia, yang mendapat malu itu rakyat Malaysia..

Kerana RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaun Najib itu Malaysia telah disenaraikan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.

"Skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015’ itu diberikan kepada Malaysia oleh foreignpolicy.com dalam laporannya dua hari lalu.

Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.

Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.

Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.

Baca laporan dari The Malaysian Insider ni..

Sumbangan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak menempatkan Malaysia dalam senarai “Skandal Rasuah Terburuk 2015” yang dikeluarkan majalah Foreign Policy, bersama dengan FIFA, Nigeria, Honduras dan Guatemala.

Dalam satu artikel dimuat naik di laman sesawangnya pada Selasa, majalah berpangkalan di Washington itu menyifatkan sumbangan tersebut, sebagai "skandal rasuah yang pelik".

Penulis Siobhan O'Grady berkata, wang itu mengikat Najib "secara langsung" kepada satu penyiasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada November lalu, beliau mempunyai peluang muncul di tengah-tengah skandal itu berlaku.

"Empat bulan sebelum itu, Wall Street Journal melaporkan kir-kira AS$700 juta dana negara disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang tidak sepatutnya disalurkan ke situ."

O'Grady berkata, walaupun Najib memperlekehkan laporan WSJ sebagai tidak tepat, artikel itu disiarkan selepas 1MDB gagal melunaskan hutang mengikut jadual pembayarannya.

"Obama mendakwa beliau sudah menimbulkan persoalan mengenai rasuah semasa pertemuan peribadinya dengan Najib, tetapi secara terbuka beliau berkata hanya kerajaan perlu menyimpan impian untuk menjadi lebih bertanggungjawab, lebih terbuka, lebih telus, untuk membasmi rasuah," tulis O'Grady.

Tapi.. orang kata macai tak malu walaupun Presiden mereka dah memalukan negara, sebab macai-macai tak keluar negara pun.. jadi nak malu apanya?

Pelik bukan?.. dunia luar menganggap apa yang Najib terima itu sebagai rasuah.. tapi rakyat negara ini dipaksa menerima bahawa RM2.6 Billion itu sebagai derma..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails