Monday, January 25, 2016

Penyingkiran Mukhriz Bakal Jatuhkan BN Di Kedah - Mahathir


Tindakan untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya akan membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, demikian ramal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya," katanya pada Isnin.

Selain itu beliau berkata mereka yang mahu menyingkirkan menteri besar itu sebenarnya "tidak mempunyai reputasi yang baik".

"Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang."

Sementara itu ketika ditanya apakah nasihat yang diberikan kepada Mukhriz, Dr Mahathir berkata:

"Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh. Kadang-kadang rakan untuk berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan." ~ mStar


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails