Monday, January 18, 2016

Nasharuddin Tantawi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Guan Eng Dan Diperintah Bayar RM10,000


Ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan hari ini menarik balik artikelnya 2 tahun lalu yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata kepada Mahkamah Tinggi, selepas meneliti dokumen yang diserahkan kepada mahkamah, beliau menyesal sekiranya menimbulkan salah faham tersebut. 

Kedua-dua pihak katanya enggan melanjutkan perkara itu, artikel bertarikh 6 Ogos, 2014 yang mengandungi tuduhan tanpa asas terhadap Lim itu ditarik balik.

Dalam artikelnya, Nasruddin membandingkan layanan yang diterima Lim dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat berhubung terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai berbilion ringgit dan Lebuhraya Damansara-Puchong (Kidex).

Beliau mempersoalkan serangan yang diterima Khalid berhubung Lebuhraya Kidex sedangkan Lim menerima sokongan terhadap perancangan membina terowong itu.

Beliau mendakwa, projek berkenaan dianugerahkan kepada Consortium Zenith Sdn Bhd melalui runding terus walaupun menerima bantahan lapor The Malaysian Insider


Tapi.. ada orang kata laporan dari The Malaysian Insider ni selalunya kurang tepat.. takpa kita baca pula laporan dari laman web PAS sendiri..



GEORGE TOWN: Perbicaraan kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasharuddin Hassan berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula sekitar jam 10.45 pagi apabila Hakim, Lim Choong Fong memanggil keduanya ke kamar beliau sekitar 30 minit.

Memulakan perbicaraan, peguam Lim Guan Eng memaklumkan bahawa kedua-dua belah pihak mempunyai kesepakatan berkenaan kes tersebut.

Hakim kemudiannya mengarahkan Ustaz Nasharuddin untuk tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

Nasharuddin antara lainnya menyebut telah bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

Hakim kemudiannya bersetuju menerima bahawa kes tersebut diselesaikan dengan kos Guaman sebanyak RM 10 ribu ditanggung oleh pihak defendan.

Nasharuddin ketika ditemui di luar mahkamah berkata, persetujuan dicapai pihaknya selepas Lim mengemukakan bukti dan kedua dua pihak tidak mahu memanjangkan kemelut tersebut.

Menurut beliau, saman dibuat Lim ekoran satu artikel melalui laman Facebooknya yang mendakwa projek Penang Tunnel dibuat tidak melalui tender terbuka.

Tambah beliau, artikel dibuat sekitar April 2014 lalu.

Nasharuddin diwakili peguam Wan Rohimi dengan dibantu peguam Mohd Faizi Che Abu serta Yusfarizal Yussoff.

Antara pimpinan PAS yang turut mengiringi Nasharuddin termasuk Setiausaha PAS Pulau Pinang dan beberapa pimpinan PAS Padang Serai, Kedah, Pemuda dan petugas Unit Amal ~ PAS


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails