Wednesday, January 6, 2016

Nak Jimat Masak Di Pejabat Kata Menteri


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menggesa kakitangannya supaya membawa bekal makan tengah hari atau memasak makanan mereka di pejabat bagi menangani kos sara hidup yang meningkat lapor China Press. 

Hamzah dipetik sebagai berkata bahawa tahun 2016 akan menjadi tahun yang perit untuk negara ini kerana kelembapan ekonomi global di samping peruntukan semua kementerian dan agensi dikurangkan. 

"Saya sependapat dengan cadangan Setiausaha Agung untuk melaksanakan langkah-langkah di jabatan kita untuk kakitangan kita. Kita tidak akan menyediakan makanan semasa mesyuarat selepas ini, dan semua orang digalakkan untuk bawa bekalan makan tengah hari mereka sendiri ke pejabat.

"Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, "katanya secara berseloroh.

Nak berseloroh pun agak-agak laaa.. tak sensitif langsung dengan keadaan..

Cadangannya supaya dibawa bekal itu agak praktikal walaupun buat masa sekarang ni aku rasa kos untuk menyediakan bahan mentah untuk dibuat bekalan itu lebih tinggi dari beli makanan yang dah siap..

Kalau suami saja yang bekerja, Isteri boleh bantu sediakan dan lauk pauk yang disediakan untuk bekalan itu boleh dijadikan makanan tengahari untuk keluarga di rumah..

Tapi kalau kedua-duanya bekerja.. pukul berapa pula si Isteri nak kena bangun tidur untuk sediakan bekalan?

Sudahlah Menteri juga yang sarankan supaya bangun awal untuk ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan.. ni nak suruh Isteri-isteri bangun lebih awal untuk sediakan bekalan pulak?

Cadangannya supaya memasak di pejabat tu nampak bengap lah sangat..

Apa dia ingat nak memasak tu cukup ke dengan waktu rehat yang ada?.. takkan nak makan nasi kosong saja kot?


KUALA LUMPUR: Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin has urged his staff to pack lunch boxes or cook their meals in the office to counter the rising cost of living, China Press reports. 
Hamzah was quoted as saying that 2016 is going to be a rocky year for the country due to the global economic downturn alongside the reduced budget allocations of all ministries and agencies. 
“I see eye to eye with the secretary-general’s proposal to implement measures in our department for our staff. We will not serve meals during meetings after this, and everyone is encouraged to pack their own lunch [to the office]. 
“Starting tomorrow, I’ll also bring my own rice to cook in the office. I welcome those who want to join me during lunch hour,” he said in jest. 
Realising the challenges that lie ahead, he remarked: “We should not be afraid of challenges and must embrace them head-on. We must also work together as a team in order to achieve our goals.” 
Hamzah said that many baseless accusations have been hurled against the ministry but hopes that everyone will work together during this difficult time. 
Meanwhile, the minister also pointed out that the allocations for the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism had been cut down to 16% and 23% in 2015 and this year, respectively. 
“This is equivalent to almost 40% in reduction in [budget allocations for the ministry] for the two years combined,” the daily reported him as saying. 
“The ministry has held meetings pertaining this matter and we will try our best to use the limited allocations wisely. At the same time, we will also seek to recover debts from the relevant bodies,” he added ~ malaysiandigest

Nasib kitalah dapat Menteri macam ni.. mana Najib kutip entahlah..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails