Saturday, January 2, 2016

Hanya Macai Percaya Bila Najib Kata Masalah 1MDB Selesai..


Rakyat Malaysia tidak yakin masalah dihadapi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini selesai walaupun itu yang dijanjikan perdana menteri, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Sebaliknya, beliau berkata, skandal derma RM2.6 bilion dan 1MDB menjadi lebih besar walaupun selepas Datuk Seri Najib Razak berjanji pada Jun semua masalah melibatkan firma pelaburan milik negara itu akan diselesaikan pada hujung tahun lalu.

"Kedua-dua skandal mega itu kini berjaya mencapai tahap mengagumkan dalam mengumpulkan lebih banyak soalan daripada jawapan dengan setiap bulan yang berlalu," kata Lim dalam satu kenyataan.

Beliau membidas kenyataan Najib dalam perutusan tahun baru 2016 beliau semalam, di mana perdana menteri berkata sudah mengotakan janjinya menyelesaikan isu 1MDB.

Lim berkata, pengumuman Najib itu tidak menangani masalah ketiadaan akauntabiliti, ketelusan, tadbir urus yang baik dan integriti sekitar 2 skandal itu.

"Sebab itulah Malaysia menerima penghormatan diletakkan di tempat ketiga dalam ranking 'skandal rasuah paling teruk 2015' dunia oleh laman web dasar luar Washington Post, selepas FIFA dan Nigeria, menewaskan Honduras, Guatemala dan Ghana, tidak lama selepas The Wall Street Journal mendedahkan berita menggemparkan terakhir untuk Najib tahun lalu, iaitu sumbangan RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB."

Najib semalam berkata, paras hutang 1MDB kini berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.

Beliau melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan dijanjikannya sebelum ini, yang isu hutang 1MDB berkenaan akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun.

Lim berkata, liputan media global mengenai derma RM2.6 bilion dan 1MDB juga menjadikan 2 kes tersebut "isu rasuah antarabangsa utama".

"Kalau begitu, kenapa Najib membuat dakwaan dalam perutusan tahun barunya kontroversi 1MDB kini berakhir?

"Tidak mungkin Najib begitu naif atau terputus daripada realiti untuk percaya 2 skandal mega itu boleh diselesaikan sepenuhnya tanpa satu perkiraan terperinci dan memuaskan, atau tanpa perlunya penjelasan lanjut, akauntabiliti atau tanggungjawab di pihak kerajaan.

"Selagi Najib tidak dapat memberikan jawapan, ia akan terus menjadi perkara yang harus dipersoal dan difikirkan rakyat Malaysia," kata Lim ~ The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails