Tuesday, January 26, 2016

Daripada Najib Pecat MB Kedah.. Adalah Lebih Baik Najib Pecat Dua Yang Terlibat Dengan Tabung Haji Ni..


Gambar di atas adalah gambar yang telah dirakamkan oleh siapa entahlah.. gambar itu ialah gambar ketika sidang media pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang mahu MB Kedah ditukar..

Turut sama dalam gambar itu ialah dua individu yang telah dilantik memegang jawatan oleh Najib biarpun keupayaan mereka dipertikaikan.

Mereka dipercayai menyokong agar Mukhriz ditukar kerana mahu membuktikan kepada Najib merekalah pembela setia Najib bilamana Mahathir menruskan serangan terhadap Najib.

Sejak dari Sabtu yang lalu.. beberapa buah Blog Pro UMNO (bukan pemakan dedak) telah membangkitkan isu mengenai Tabung Haji berdasarkan apa yang dimuat naik oleh sebuah Blog yang tidak diketahui siapa pemiliknya..

Semalam surat-surat dari Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula telah tersebar..

Dalam surat bertarikh 23 Disember, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini..

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Kalau benarlah surat-surat itu.. maka Najib wajar pecat Azeez dan Jamil Khir tu..

Laporan berkaitan..

PAS menggesa Putrajaya memecat Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sekiranya benar laporan mengatakan rizab lembaga itu negatif dan tidak mampu membayar dividen kepada 8.8 juta pendeposit.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengerusi baharu perlu dilantik bagi membantu menunaikan obligasi lembaga itu berdasarkan saranan Bank Negara.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang menguruskan pelaburan lembaga itu sementara Azeez hanya mempengerusikan lembaga pengarah.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Azeez untuk tampil menjelaskan perkara ini.

Tuan Ibrahim mempersoalkan apakah benar Bank Negara mengutuskan satu surat kepada Jamil mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji, di mana nilai rizab menjadi negatif.

Beliau turut mempersoalkan apakah benar Bank Negara dalam surat itu di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, ia tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya.

“Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Zeti menyarankan agar Lembaga Tabung Haji merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

“Sekiranya semua di atas benar – apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?” soal Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim turut mempersoalkan mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

“Apakah ini keputusan perdana menteri atau pengerusi LTH?

“Apakah pelaburan tersebut menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji? soalnya ~ The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails