Monday, January 18, 2016

Bukit Bintang, Bangsar Antara Tumpuan Pengganas?.. Ku Nan Disahkan Menipu Oleh Polis


Jika orang awam atau pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang membuat dakwaan sebegini rupa, sudah tentu mereka akan disiasat atau diminta memberi keterangan lanjut kepada pihak polis.. tapi mungkin kerana Ku Nan ni pemimpin UMNO ianya tak menjadi kesalahan.

Walaupaun apa yang dikatakannya itu bukan saja merunsingkan penduduk tempatan, malah juga kepada pelancong serta penduduk warga asing yang banyak menetap di sekitar Bangsar, Hartamas, Publika dan Solaris.

Dan secara langsung, dakwaan Tengku Adnan boleh menjejaskan imej negara di kalangan penduduk warga asing serta merencatkan sektor pelancongan negara.

Entah di mana dan bagaimana maklumat diperolehinya, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor tiba-tiba menyenaraikan beberapa kawasan panas di sekitar ibu negara yang didakwanya akan menjadi sasaran serangan pengganas.

Kawasan-kawasan yang disebutnya ialah Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas, pusat membeli belah Publika, Solaris serta juga Curve.

Bagaimanapun pihak polis kemudian meminta orangramai bertenang dan jangan mempercayai kenyataan yang menyenaraikan kawasan-kawasan tertentu sebagai tumpuan serangan pengganas.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menulis di twitternya dengan meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi tentang keadaan keselamatan bandaraya dan negara yang boleh merunsingkan rakyat.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asmawati Ahmad pula berkata, pihak polis tidak pernah menyenaraikan secara khusus tempat-tempat tertentu yang kononnya menjadi sasaran pengganas.

Tambahnya, PDRM juga memandang berat kenyataan-kenyataan seperti itu kerana ia boleh menimbulkan kerunsingan serta ketakutan kepada masyarakat umum.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajuddin Md Isa turut menafikan dakwaan bahawa kawasan-kawasan tertentu di ibu negara menjadi sasaran serangan pengganas.

Tiada laporan daripada cawangan khas PDRM mengenai ancaman serangan itu, tegasnya.

Dari segi keselamatan negara, tentulah kita lebih mempercayai kenyataan pihak polis berbanding "gebang" seorang menteri, apatah lagi Tengku Adnan bukanlah menteri yang bertanggungjawab kepada soal keselamatan negara.

Tetapi, apabila Tengku Adnan dengan penuh yakin menyebut tempat-tempat tersebut sebagai sasaran pengganas sambil mengatakan ia berdasarkan risikan yang diterimanya, ia sekurang-kurangnya hendaklah disiasat.

Yang menimbulkan kemusykilan ialah bagaimana Tengku Adnan sebagai seorang menteri dan Setiausaha Agung UMNO boleh memperolehi dan seterusnya tanpa ragu-ragu mendedahkan maklumat seperti itu? ~ Shahbudin




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails