Friday, January 15, 2016

Bekas Perdana Menteri Thailand Dibicara Atas Tuduhan Rasuah.


Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa pada hari ini.

Pendakwaan membabitkan skim subsidi beras yang menelan belanja besar sewaktu pentadbirannya, dan jika disabit bersalah,

Yingluck akan berdepan hukuman penjara selama sedekad, lapor AFP.

Pengharaman itu dan perbicaraan yang berlangsung hari ini akan menumpukan pada pertuduhan bahawa Yingluck gagal mengawal amalan rasuah dalam program subsidi berasnya.

Program yang menelan kos berbilion dollar itu dilihat sebagai tindakan populis untuk membeli sokongan khususnya dari rakyat luar bandar di wilayah utara dan timur laut.

Namun Yingluck mempertahankan polisi itu dengan mengatakan ia adalah usaha untuk membebaskan golongan petani daripada kemiskinan selepas berdekad-dekad dipinggirkan oleh kumpulan elit Bangkok.

Perdana Menteri wanita pertama Thailand itu digulingkan beberapa hari sebelum ketua tentera Prayut Chan-O-Cha mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2014.

Menurut pengkritik, perkembangan itu disifatkan sebagai langkah susulan kumpulan jeneral kerajaan dalam usaha melumpuhkan kuasa pemimpin popular tersebut selain mengukuhkan dominasi politik mereka.

Para analisis pula menjangkakan perbicaraan rasuah Yingluck akan digunakan untuk ‘menghalalkan’ rampasan kuasa selain meningkatkan imej jeneral-jeneral junta sebagai penentang rasuah ~ Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails