Monday, January 11, 2016

Bauksit: 2 Lagi Pegawai Tanah Dan Galian Pahang Ditahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah tahanan reman terhadap 2 lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu perlombongan bauksit.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata perintah reman selama 6 hari terhadap suspek yang berusia 51 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Aisah Mohamed di Kuantan.

Suspek merupakan antara 6 pegawai PTG yang dipanggil ke pejabat SPRM di Kuantan semalam, untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram.

Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati ia dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan SPRM dalam isu ini kepada 9 orang terdiri daripada 6 pegawai PTG dan 3 orang awam.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails