Sunday, January 24, 2016

Ahmad Bashah Nafi Gila Jawatan MB


Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya 'gila jawatan menteri besar'.

Ahmad Bashah, menarik perhatian bahawa hakikatnya ialah beliau memberi laluan pada PRU1) untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi menteri besar.

Ini di sebalik beliau menyandang jawatan pengerusi Umno Kedah dan pengarah pilihan raya umum Barisan Nasional negeri ketika itu.

"Saya terima kerana itu adalah hak perdana menteri dan saya tak pertikaikan. Ia demi kekuatan dan kepentingan parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya terima kerana pada masa itu tujuan kita adalah untuk menang dan merebut kembali kuasa di tangan pembangkang," katanya.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila kepimpinan Umno negeri yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi Umno negeri ~ Sinar Harian


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails