Tuesday, December 1, 2015

Wartawan Aljazeera Dilarang Masuk Sebab Ancam Keselamatan Negara, Zahid Hamidi Kata..


Setahu akulah AlJazeera ni wartawan dia ada hampir di seluruh dunia.. dan tak pernah lagi aku dengar wartawan mereka tidak dibenarkan masuk kenegara-negara lain sebab mengancam keselamatan negara itu..

Dinegara-negara Arab yang konfliknya tak kunjung sudah itupun bersepah wartawan AlJazeera..

Bukan di negara-negara Arab saja malah dinegara yang tidak stabil politiknya dan mundur, miskin serta hanya mampu untuk membentuk tenteranya dengan seadanya saja pun ada wartawan dari AlJazeera..

Tiba-tiba Zahid kata.. wartawan Aljazeera, Mary Ann Jolley tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Takkanlah petahanan negara kita begitu lemah hinggakan seorang wartawan dari luar negara boleh menggugat keselamatan negara..

Takkanlah rakyat Malaysia begitu bodoh dan cepat panik bila membaca laporan dari wartawan luar negara?

Setahu akulah apa yang dilaporkan oleh wartawan Al Jazeera ini yang bersifat sebuah dokumentari ialah mengenai pembunuhan Altantuya..

Ramai yang dah menyaksikannya, bukan sahaja rakyat Malaysia tapi boleh kata hampir seluruh dunia dah menyaksikannya bilamana AlJazeera melalui rancangan 101 East telah menyiarkan 'Murder in Malaysia' pada September lalu

Dah tergugat ke negara bila rancangan itu disiarkan?.. dah mudarat ke ketentaraman awam bila rancangan itu disiarkan?

Laporan berkaitan..

Wartawan Aljazeera, Mary Ann Jolley tiak dibenarkan masuk ke negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam. 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen menyekat kemasukan mana-mana warganegara asing ke Malaysia setelah mempercayai individu berkenaan boleh memudaratkan keselamatan negara. 
Beliau bekata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan alasan mengapa Ann Jolley dilarang memasuki negara ini berikutan penyiaran rancangan 101 East 'Murder in Malaysia' pada September lalu yang mengaitan kes pembunuhan warga Mongolia, Shaariibuu Altantuya. 
Loy Sian turut meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan adakah siasatan terhadap Sirul Azhar Umar ditutup sejak beliau melarikan diri ke Australia. 
"Siasatan ke atas kes yang melibatkan Sirul Azhar telah selesai dan hukuman telahpun dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ke atas tertuduh. Sehubungan dengan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan penutupan siasatan kes berkenaan," kata Ahmad Zahid. - MalaysiaGazette

Ketenteraman siapa yang tergugat sebenarnya?..

Tak sia-sia Najib lantik dia ni jadi Timbalan Perdana Menteri.. sanggup memperbodohkan diri sendiri sebab nak jaga Najib..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails