Saturday, December 26, 2015

Tuan Ibrahim Tuan Man Dianggap 'Sampah Dalam Mata PAS' Oleh Portal Pro-UMNO..


Entah mengapa Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad tiba-tiba menjadi sampah di dalam mata ketika partinya dan UMNO sedang membincangkan isu kerjasama bagi kepentingan Melayu dan Islam.

Beliau membangkitkan membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan UMNO sebelum ini.

Bagi Pesuruhjaya PAS Selangor dan Adun Chempaka itu, kesalahan yang pernah dilakukan UMNO sebelum ini tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pimpinan.

Katanya, kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang didakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu.

“Siapa yang boleh memaafkan kesalahan UMNO? Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan. Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan UMNO itu sendiri.

“Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka? Ramai sekali,” kata Iskandar dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh UMNO antaranya bekas tahanan ISA, mangsa peristiwa Memali, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum serta penjawat awam yang dipindahkan kerana menyokong pembangkang.

“Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO,” kata Iskandar lagi.

Malang bagi PAS kerana selepas ‘pembersihan’ ketika muktamar dan pemilihan parti Jun lalu, masih ada saki baki yang mempunyai dendam kepada parti sendiri.

Iskandar adalah contoh pemimpin yang diberikan tempat di dalam saf kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi seperti Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad, mereka bertiga agak tidak senang hati dengan hasrat kerjasama PAS- UMNO.

Sedangkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia memaafkan kesalahan UMNO memandangkan ia sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata, PAS wajar membuka lembaran baharu bersama UMNO bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan serta tidak perlu mengungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan UMNO.

Apa rasional Iskandar membangkitkan atau mengungkit cerita lampau UMNO?

Adakah PAS parti yang dilihat lebih bersih daripada UMNO sedangkan umum tahu bagaimana pemimpin parti Islam itu ‘songlap’ duit tabung Memali?

Adakah PAS bersih apabila Koperasi Al Hilal Berhad atau Kohilal juga berdepan salah urus dan tadbir wang yang dikuitp daripada ahli-ahli parti?

Zalimkah UMNO sedangkan Iskandar sendiri dapat merasai nikmat pembangunan dan politik daripada warisan UMNO dan Barisan Nasional yang mentadbir Selangor sebelum diambil Pakatan Rakyat?

Mungkin Iskandar khuatir kedudukannya sebagai Exco Selangor terjejas sekiranya PAS dan UMNO mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan negeri yang baru kelak.

Sepatutnya, Iskandar, Tuan Ibrahim dan Idris berlapang dada dan menyokong usaha Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kearah kerjasama kedua-dua parti.

Tambahan pula, PAS kini hanya menunggu masa ditendang keluar oleh PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti mendakwa masih mengekalkan kerjasama politik bagi mentadbir Selangor.

Atau mungkin mereka bertiga sudah merancang untuk mengambil kepimpinan PAS daripada Hadi ~ BNBBC


... Ha.. ha.. nampak panas saja portal Pro UMNO dengan Tuan Ibrahim Tuan Man kebelakangan ini.. kenapa agaknya ya?



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails