Sunday, December 6, 2015

Shafie Jatuh Ke Laut Setelah Jeti Roboh..


Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal ditimba malang apabila jatuh ke laut dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.

Seorang pengguna maya memuat naik gambar seputar insiden itu di Facebook semalam.

“Jeti yang dinaiki Datuk Shafee Apdal roboh dan menyebabkan dia jatuh ke laut ketika program lawatan ke Pulau Selakan,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama “Tun Razak”.

Beliau juga memuat naik beberapa keping gambar sekitar insiden itu, antaranya sebelum dan selepas kejadian di perkampungan air di Semporna – yang terkenal dengan keindahan lautannya.

Ia antaranya memaparkan rombongan Shafie berjalan di titian kayu dan gambar beliau diambil dengan sebuah sampan ketika kejadian.

Berdasarkan gambar, naib presiden Umno itu dalam lawatan itu memakai seluar hitam, kemeja cerah berlengah panjang serta bersongkok dan berkasut hitam.

Pembantu Shafie ketika dihubungi mengesahkan insiden itu tetapi berkata tiada sebarang kecederaan dialami.

Malah, katanya, Shafie akan hadir seperti biasa dalam majlis Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penyokongnya di Kuala Lumpur esok.

“Tak ada cedera apa-apa. Esok dia datang Kelab Sultan Sulaiman,” katanya yang enggan namanya disebut.

Shafie dan Muhyiddin sama-sama digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak selepas lantang mengkritik isu 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri yang sarat hutang lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails