Sunday, December 6, 2015

Selepas Sabah, Nurul Izzah Dihalang Masuk Sarawak Pula..


Entah apalah yang Barisan Nasional Sarawak takut dengan kehadiran Nurul Izzah ke bumi Sarawak ni.. sampai nak masuk pun mereka halang..

Nurul dihalang masuk ke Sabah hanya kerana beliau bergambar dengan anak pengganas Sulu, tapi Najib bergambar dengan Bapak segala pengganas dunia (BN atau Benyamin Netanyahu) tak apa..

Sebab Nurul bergambar dengan anak Kiram.. Pengganas Sulu yang suatu masa dulu hanya dilabel sebagai penceroboh oleh media tunggangan UMNO telah menukar gelaran penceroboh kepada pengganas..

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin berkata menyifatkan isu gambar Nurul Izzah Anwar bersama Puteri Sulu, Jacel H Kiram tidak menjadi isu di Sabah.

Sebaliknya ia hanya menjadi isu besar kerana ia sengaja dimainkan Umno dan BN sebagai senjata untuk menyerang pembangkang.

Menurut Nurul Izzah Akta Imigresen 1959/63 bertujuan menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah dan bukan anggota parlimen untuk menjalankan tugas kepada rakyat..

Katanya lagi “Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik.

Berikut adalah kenyataan media darinya..

Saya hadir di Sarawak selaku solidariti bersama pimpinan tempatan Keadilan menjelang pilihanraya negeri Sarawak.

Saya hadir di Sarawak selaku solidariti dengan bakal calon-calon tempatan KEADILAN menjelang PRN Sarawak.

Saya hadir di Sarawak meneruskan agenda menabur bakti menerusi projek mini Parti Keadilan Rakyat #Changemakers #DemiSarawak menyalur lampu jalan, elektrik dan jua air bersih secara kecil-kecilan di kawasan pedalaman Sarawak.

Malangnya hari ini , saya dihalang masuk ke Sarawak menerusi notis penolakan masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63 Jelas, Akta Imigressen 1959/1963 jelas hanya menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah dan bukan kepada ahli parlimen yang diberi hak untuk menjalankan tugas kepada rakyat.

Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki sabah dan sarawak untuk tujuan aktiviti politik.

Tindakan ini walau di bawah bidang kuasa negeri bertentangan dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota dewan rakyat Tindakan ini merupakan salah guna kuasa pihak berkuasa negeri yang seharusnya menumpukan agenda keselamatan warga Sarawak daripada anasir pengganas, penjenayah dari luar dan dari dalam negeri – bukannya ahli parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah!

InshaaAllah saya akan kembali ke bumi bertuah Sarawak dan menumpukan segala usaha terhadap merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan YB Baru Bian serta wakil wakil dewan undangan negeri serta pimpinan lainnya.

Buat teman-teman semua – semarakkan bumi Sarawak dengan laungan keadilan! Khusus bila masa Sarawak digunapakai untuk meneruskan hayat Barisan Nasional yang tercalar buruk akibat Perdana Menteri dan akaun peribadinya!

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails